Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Damai,_Malaysia

Lokasi

Stesen Damai terletak di sepanjang Jalan Datok Keramat di Kampung Datuk Keramat, timur Kuala Lumpur. Di sebelah selatan stesen terletaknya Sungai Klang dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) manakala di sebelah utara stesen adalah Keramat Mall dimana Mini UTC Keramat terletak. Juga terletak berhampiran stesen adalah Plaza Tol Dato Keramat.

Pelan stesen

L2
Platform
KJ Arah Utara Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Dato' Keramat)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
KJ Arah Selatan Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Ampang Park)
L1Aras legarMesin tiket automatik, pusat khidmat pelanggan, pagar tambang elektronik, dan jejambat pejalan kaki ke Keramat Mall
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]